Kenapa Ramai Founder Menggunakan Sistem Ejen Sebagai Model Bisnes Mereka

Sistem ejen

Sistem Ejen adalah untuk MELUASKAN jaringan jualan sesuatu produk di antara kaedah terpantas. Semakin ramai ejen, semakin luas jaringan jualan, semakin tinggi keuntungan yang boleh diraih. Namun, Fouder, Leader dan Stokis yang menggunakan sistem ini dalam bisnes strategi mereka akan selalu hadapi MASALAH UNTUK REKRUT EJEN.

Pengambilan ejen baharu adalah satu proses yang berterusan dalam bisnes networking, dan juga bisnes yang saluran jualannya adalah melalui Sistem Ejen.

Walaupun Sistem Ejen, Dropship dan Stokis amat terkenal di Malaysia sebagai satu bisnes model yang dijulang oleh majoriti Founder, namun ada beberapa MASALAH-MASALAH yang Founder atau Leader akan hadapi seperti:

1. Iklan Rekrut Team Ejen Jadi SENDU. 
2. Team Ejen TAK AGRESIF Dan TAK BAGI KERJASAMA.
3. Pening Nak URUS Dan GROW Team Ejen Dengan Lebih Sistematik.
4. Tak Tahu Bagaimana Nak Jadi Seorang LEADER YANG HEBAT.
5. Ejen TAK SETIA Atau Tak Ada KOMITMEN.
6. Tak Tahu Cara Nak RANGKA REWARD EJEN Untuk Kekalkan Momentum.

Struktur asas sistem ejen adalah kombinasi Stokis, Ejen dan Dropship. Komisyen mereka adalah berbeza kerana bergantung kepada prestasi Ejen, Dropship dan Stokis dalam sesebuah Sistem Ejen. Pengiraan reward ejen biasanya adalah mengikut bulan dengan bulan. Reward atau Bonus yang Ejen, Dropship dan Stokis akan dapat bergantung juga kepada prestasi mereka pada setiap bulan.

Komisyen Ejen, Dropship dan Stokis boleh diambil kira daripada prestasi mereka membuat jualan dan juga rekrut Team yang baru.

Tentang Sistem Ejen, MODEL BISNES adalah perihal sesuatu identiti bisnes yang menghasilkan pendapatan untuk seseorang pemilik bisnes atau Founder. Ia adalah maklumat penerangan bagaimana anda memberikan NILAI kepada pelanggan anda pada kos dan khidmat yang baik.

Namun, untuk mencapai kejayaan dalam bisnes, Founder atau pemilik bisnes itu sendiri perlu memastikan produk ada KEPERLUAN PENGGUNA di pasaran. Founder atau pemilik bisnes harus memahami faktor utama lain, iaitu bagaimana Founder dapat menjana pendapatan dengan produk mereka. Di dalam kes ini, online atau offline bisnes yang Founder dan pemilik bisnes itu perlu tahu model bisnes terbaik zaman kini ialah Sistem Ejen.

Facebook
Telegram
Telegram
WhatsApp

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

ISI MAKLUMAT ANDA

Whatsapp Team
Hi ???? Selamat datang ke Website EjenPro. Ada apa kami boleh bantu?