Nak Buat Training Ejen Tapi Tak Tahu Nak Start Dekat Mana?

Asas Training Ejen

Training Ejen Program ada buat? Majoriti orang saya jumpa & ada ejen. Mereka tak buat Training. Majoriti pegang pada prinsip..

“Aku dah rekrut kau. Ini produk. Ini komisyen. Pandai lah kau jual sendiri”

Ini serius. Ramai buat macam ni sebab sama ada tak nampak pentingnya Training atau mungkin tak tahu. Kalau tahu & buat pun training, tak dibuat dengan EFEKTIF.

Kenapa jadi macam ni? Semuanya berpunca atas sebab training yang dibuat tak HIGH IMPACT. Founder atau pemilik bisnes nak buat Training Ejen Program tapi Blur tak tahu nak start dekat mana. Bila Training tak power, Ejen tak hasilkan RESULT! Setuju?

Kalau anda seorang yang bergelar Founder/Leader/Stokis yang ada Ejen dan betul-betul komited nak berjaya dengan Sistem Ejen, anda wajib buat Training untuk team ejen anda. Kalau takde training macam mana mereka nak buat sales?

5 Jenis Training Yang Founder/Leader/Stokis WAJIB Buat Untuk Team Ejen

Anda kene faham, training yang anda boleh sediakan pada ejen anda boleh dipecah dalam pelbagai bentuk, contohnya;

1. Ajar Cara Untuk Kekalkan Semangat Dan Jelas Dengan Hala Tuju Ejen.

2. Ajar Pengurusan Wang.

3. Ajak Kenali Produk Anda Dengan Lebih Jelas.

4. Cara Buat Closing Yang Power.

5. Ajar Ejen Teknik Atau Skill Dalam Marketing.

Antara sebab ejen anda LEMAU dan SENDU adalah sebab mereka sendiri tak dapat nak menjual. Sampai bila anda nak tengok Ejen-Ejen anda berhenti daripada menjual produk anda dan jadi Ejen kepada Founder lain?

Dan paling utama sekali dalam Training adalah anda perlu tahu “KUNCI PSIKOLOGI”. Ini adalah titik ransangan rahsia yang anda perlu ransang ketika training supaya mereka balik buat tindakan! Anda juga perlu tahu ‘teaching methodology’ yang efektif dalam menarik minat ejen.

Ramai orang tahu training penting! Kalau dibuat dgn cara yang betul! Dan utk buat cara yang betul anda perlu tahu ‘Titik Ransangan Motivasi Ejen’ yang kalau diransang dengan betul. Takde lagi ejen balik training tapi tak buat apa-apa. Mereka akan balik terus buat tindakan hasilkan jualan pada bisnes anda!

Facebook
Telegram
Telegram
WhatsApp

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

ISI MAKLUMAT ANDA

Whatsapp Team
Hi ???? Selamat datang ke Website EjenPro. Ada apa kami boleh bantu?