Cara Bina Sistem Dropship GayaPro

Bina sistem dropship GayaPro

SISTEM DROPSHIP ni penting ke?

DROPSHIP UNTUK ‘DIAJAR’, BUKAN ‘DIBIAR’.

Dalam bisnes, kita sudah lali dengan terma dropship dan agent. Persoalannya, sebagai FOUNDER mahupun LEADER bisnes, adakah anda betul-betul menguruskan sistem dropship dengan teratur dan memudahkan mereka?

FOUNDER, LEADER & STOKIS

Anda sudah uar-uarkan kepada umum, peluang untuk mereka jana pendapatan dengan join team anda sebagai dropship. Namun, bila mereka dah join…

– Anda hanya masukkan dalam group chat, kemudian share semua prosedur, copywriting dan gambar produk.

– Tanpa anda sendiri ajar dan bimbing mereka ke landasan yang benar serta tiada sentuhan personal mahupun leadership yang jelas dari anda.

– Kemudian, anda berharap mereka terus boleh BUAT DUIT untuk anda.

Semua ini, lama-kelamaan boleh melemaskan dropship, seterusnya membuatkan mereka berpaling tadah dari anda kerana mereka tidak terasa MUDAHNYA DROPSHIP untuk jana pendapatan melalui bisnes anda. Di sini, pentingnya untuk anda sendiri “topup” ilmu bisnes berkaitan sistem dropship supaya anda bijak mengurus dan mengerah TIM PERANG anda.

Personal Coaching Sistem Dropship

Jadi, usah dibiar, mula mengajar! Ajarkan pada dropship step-by-step untuk mereka progress dari ZERO TO HERO dalam bisnes. Persoalannya, bagaimana nak lakukan?

#1 JADI ‘IDOLA BISNES’ KEPADA DROPSHIP

Anda perlu tampil ke hadapan dan buat mereka PERCAYA kepada anda dan jenama anda. Apa yang anda boleh lakukan?

– Memotivasikan dropship dengan SET MINDSET mereka untuk sentiasa promosikan MANFAAT dan bukannya produk semata-mata.

– Selain itu, anda juga perlu ingat bahawa dropship anda bukanlah staff anda! Haa, jadinya mereka boleh datang dan pergi begitu saja setelah menjadi SILENT READER dalam group dropship anda.

– Pentingnya di sini untuk anda terus bermotivasi dan membimbing dropship anda yang lain.

#2 AJAR MEREKA ‘HOW TO DO’, BUKAN ‘WHAT TO DO’

Sesetengah bisnes owner fikir bila mana mereka sudah develop sistem dan flow sendiri, mereka boleh COPY&PASTE saja dan serahkan kepada dropship bulat-bulat. Dalam setiap apa yang anda rancangkan untuk train mereka, anda wajar untuk terangkan kenapa mereka buat, apa yang mereka buat.

Contoh, anda ajar teknik marketing. Anda suruh mereka copy saja copywriting yang team anda dah sediakan, dan paste ke social media. Ada orang PM, bagi copywriting seterusnya dan sebagainya.

Apa yang boleh diperbaiki di sini adalah, lebih baik untuk anda…

– Sediakan sama ada LIVE TRAINING BISNES, ataupun video rakaman untuk rujukan mereka, berkaitan kenapa jika mereka buat sedemikian, hasilnya pula adalah sedemikian

– Bila mereka sudah faham, mereka sendiri juga boleh develop copywriting sendiri yang mungkin lebih hebat dari apa yang anda sediakan. Anda juga yang untung, bukan?

Live Training Bisnes

#3 BANTU SET ‘TARGET SALES’ YANG REALISTIK

Kekadang, demi mencari sebanyak mungkin dropship, anda mungkin lakukan marketing dengan menyatakan KEUNTUNGAN BESAR yang mereka akan dapat. Namun, bila mereka sudah bersama anda, mereka rasa TERTIPU! Sebabnya mereka rasa mustahil untuk mereka capai apa yang telah anda ‘sembang kencang’ ketika promosikan peluang menjadi dropship.

Untuk mengelakkan dropship menganggap yang anda ini sekadar menjanjikan bulan & bintang saja, anda boleh…

– Sama ada melakukan live training atau video rakaman penerangan untuk itu

– Anda boleh bermula dengan bantu tetapkan target sales untuk sebulan, kemudian tekankan kepada mereka, berapa banyak sebenarnya unit produk atau pakej servis yang mereka perlu jual untuk capai target tersebut

– Anda sendiri boleh lakukan research terlebih dahulu untuk ketahui purata unit produk yang dropship anda berjaya jual. Dari situ, akan lebih memudahkan anda untuk tentukan target sales bulanan yang bukan saja mampu dicapai malah realistik.

Target Sales

Haa, anda dapat sesuatu dari sharing ni? Apa langkah anda seterusnya? Nak terus biar dropship anda ‘lemas’, atau anda nak bertindak sekarang untuk selamatkan mereka? Ajar team anda supaya mereka sama hebat seperti anda, bahkan tidak mustahil untuk mereka jadi lebih hebat. Terdapat case study membuktikan betapa besarnya IMPAK sistem dropship ini jika diusahakan dengan sebaiknya. MULA BERTINDAK!

Facebook
Telegram
Telegram
WhatsApp

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

ISI MAKLUMAT ANDA

Whatsapp Team
Hi ???? Selamat datang ke Website EjenPro. Ada apa kami boleh bantu?