Cara Bina Sistem Agent GayaPro

Bina sistem agent GayaPro

SISTEM AGENT ni bagus ke?

 

KONSPIRASI SISTEM AGENT, BISNES OWNER TAHUN 2022, TAK TAHU!

Antara salah satu DILEMA yang menjadi kebuntuan kepada FOUNDER mahupun LEADER bisnes hari ini adalah sama ada mereka ingin jual dan promosikan produk atau servis mereka sendiri ataupun, nakkan ada pihak lain yang bantu jualkan untuk mereka (dropship/agent). Jika anda bisnes owner yang terjebak sama, anda perlu jelas terlebih dahulu plan jualan perniagaan anda.

Tapi, jangan risau! Andai kata anda memang STUCK dan perlukan bantuan untuk GROW BISNES anda, anda boleh sentiasa dapatkan khidmat konsultasi sistem agent.

FOUNDER, LEADER & EJEN

Tak naklah sampai satu hari nanti, bila anda nak ada agent sendiri, terpaksa berlawan harga dengan agent untuk jual kepada pelanggan yang sama! Sebagai HQ, anda boleh pertimbang untuk letakkan harga produk/servis anda lebih tinggi dari harga yang dijual oleh ejen. Jadi, pelanggan akan lebih memilih untuk mendapatkan tawaran lebih baik daripada ejen & kurangnya isu “main harga” antara anda berlaku.

Bagaimana sebenarnya bisnes owner yang dah OTAI, aplikasikan SISTEM AGENT ni, hingga boleh capai jualan jutaan ringgit yang anda sendiri tidak tahu muslihatnya?

OTAI Sistem Ejen

#1 KOMISEN ‘MUNASABAH’ UNTUK SETIAP PERINGKAT SISTEM AGENT

Kebiasaanya bisnes owner akan wujudkan sistem berperingkat bermula dengan dropship, agent & stokis. Sudah tentu, peringkat yang tinggi, perlulah komisen yang lebih tinggi dan berbaloi untuk mereka.

Pentingya perancangan yang munasabah bagi harga untung ini bukan saja untuk kepentingan ‘TIM PERANG’ anda, namun untuk anda juga supaya anda sendiri sebagai HQ, dapat meraih keuntungan.

 

#2 REWARD ‘MENGGIURKAN’ UNTUK AGENT

Antara yang terbaik anda boleh lakukan adalah menyediakan satu “dana khas’ untuk reward agent dari awal. Selepas itu? Anda boleh fikirkan…

– Jenis reward apa yang anda nak berikan?

– Bagaimana anda nak bagi reward itu, secara bulanan atau tahunan?

– Siapa yang layak terima, adakah semua atau yang capai jualan di suatu tahap saja?

Reward Ejen MENGGODA

#3 TRAINING YANG ‘MEMBELIAKKAN MATA’ UNTUK AGENT

Latihan apa pula yang anda boleh ajarkan kepada agent? Haa, anda boleh train mereka dalam softskills seperti…

– Cara komunikasi berpengaruh.

– Cara upselling produk, mahupun close sale yang PADU.

– Seterusnya, sudah tentu training berkaitan bagaimana VALUE bisnes anda mampu memberi manfaat & mengubah hidup pelanggan anda. Train mereka JUAL EMOSI, bukan produk!

Selepas semua muslihat ini anda ketahui, apa yang perlu anda lakukan? TINDAKAN. Benar-benar ada sesuatu dalam sistem agent ni yang membuatkan ramai bisnes owner jadikannya sebagai model bisnes mereka. Jadi, anda boleh sit-down bersama rakan niaga mahupun team anda, dan berdiskusi tentang STRATEGI untuk anda aplikasikan sistem agent yang EFEKTIF untuk bisnes anda terus-menerus relevan dalam industri!

Facebook
Telegram
Telegram
WhatsApp

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

ISI MAKLUMAT ANDA

Whatsapp Team
Hi ???? Selamat datang ke Website EjenPro. Ada apa kami boleh bantu?