4 Aktiviti Padu Dalam Team Building Untuk Team Ejen Tahun 2022

Team Building

Team Building Ejen penting dibuat supaya Ejen kekalkan SEMANGAT dan ENERGI mereka untuk terus buat jualan. Tak ramai Founder ada aktiviti khas untuk Ejen mereka sebab mereka tak tahu Team Building Ejen ni salah satu kunci kejayaan besar kepada Sistem Ejen.

“Best jadi agent dia sebab selalu ada aktiviti yang menarik..”

Seronok tak bila dengar agent atau orang luar puji bisnes kita ni rancak? Kalau ada prospek dengar anda buat aktiviti team ejen mahu tak diorang jadi Ejen anda?

Anda masih ada Ejen-Ejen yang down teruk semangat dan SALES EJEN TAK NAIK-NAIK? Anda dah cuba buat macam-macam tapi performance Ejen masih di takuk yang sama.

Jangan risau. Ini adalah senarai aktiviti-aktiviti dalam Team Building Ejen yang mampu naikkan SEMANGAT Ejen dan kekalkan ENERGI mereka malah buat mereka SETIA bersama dengan anda.

4 Aktiviti Padu Dalam Team Building Untuk Team Ejen Tahun 2022

 

#1 GAME DOUBLE YOUR MONEY

Aktiviti ini Team Ejen akan terbahagi kepada beberapa kumpulan dan diberikan wang kertas “Olok-Olok” untuk dibahagikan sama rata kepada anak team. Setiap kumpulan akan mendapat jumlah yang sama. Dan mereka akan bersaing bersama kumpulan-kumpulan yang lain untuk menaruh wang mereka dengan beberapa Game yang khas dibuat untuk Ejen. Selepas selesai berlawan mereka akan mengira semula jumlah wang yang sudah terkumpul sama ada rugi atau untung. Akhir sekali setiap ketua kumpulan akan menghadap Founder/Leader/Stokis untuk memberi keterangan bagaimana mereka menang atau kalah dan apa mereka sepatutnya lakukan pada Pusingan Kedua untuk meraih keuntungan yang besar.

#2 BINA KLCC

Team Ejen akan terbahagi kepada beberapa kumpulan dan diberikan beberapa material-material untuk membina KLCC mereka. Daripada sini kita akan melihat bagaimana Team Ejen anda bergabung untuk sama-sama membina KLCC mereka dengan kreativiti masing-masing. Tujuan membina KLCC ini untuk mereka berlawan antara kumpulan mana KLCC yang paling kuat.

#3 SALAM SEMUT

Di dalam aktiviti ini semua Team Ejen akan melakukan “Salam Semut” dengan cara meletakkan tangan kanan di bahu kiri dan ‘Bow” antara satu sama lain. Tujuan “Salam Semut” dibuat supaya Team Ejen anda dapat menerapkan satu budaya sihat apabila bertegur satu sama lain dan menunjukkan hormat mereka. Aktiviti ini dapat menaikkan silaturrahim antara Team.

#4 WAR CRY

Di dalam Team Building Ejen, “War Cry” wajib dibuat oleh semua Founder/Leader/Stokis untuk Team Ejen ada satu trademark dan budaya yang membuatkan mereka rasa bersemangat untuk terus berusaha membuat jualan dalam bisnes anda.

Aktiviti-aktiviti dalam Team Building Ejen ini akan buat mereka rasa dihargai dan naikkan semangat Team Ejen untuk terus perform dengan lebih baik lagi. Belajar sesuatu? Benda ni nampak kecil tapi bagi Impak yang besar.

Facebook
Telegram
Telegram
WhatsApp

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

ISI MAKLUMAT ANDA

Whatsapp Team
Hi ???? Selamat datang ke Website EjenPro. Ada apa kami boleh bantu?